9 November 2008 - Pesta Ria SJK (C) Chen Moh Petaling Jaya sangat meriah. Pesta yang diadakan bagi mengumpul dana bagi pembinaan bangunan baru sekolah ternyata sukses.
Sasaran pengunjung adalah 10 ribu. Pelbagai aktiviti dan jualan telah diadakan pada hari tersebut. ADUN Taman Medan Pn Haniza Mohd Talha telah berkesempatan mengunjungi pesta tersebut.
Menurut AJK PIBG Chen Moh En Ong, Pesta Ria telah dirancang dua bulan awal dan mendapat kerjasama erat antara ibu bapa, PIBG dan sekolah. Gerai-gerai yang diadakan telah dikendalikan oleh ibu bapa dan pelajar dibantu guru-guru.
Bangunan baru yang menelan belanja sebanyak 4 juta sudah mula dibina. Ia akan mempunyai makmal, pejabat dan bilik darjah yang rekabentuk moden dan kelengkapan yang terkini.

Sebelum pilihanraya umum kedua belas, bekas Menteri Besar Datuk Seri Khir Toyo telah menjanjikan RM100 ribu untuk bangunan baru sekolah ini. Begitulah cara kerajaan Barisan Nasional mempergunakan kuasa yang ada bagi berkempen meraih sokongan di sekolah-sekolah dengan menjanjikan peruntukan kepada sekolah.
Janji yang dibuat tidak ditunaikan kerana ia hanya bagi mendapat sokongan daripada masyarakat Tionghua di Petaling Jaya pada ketika itu. 
Namun, pihak sekolah dan PIBG telah bertindak proaktif, telah memulakan pengumpulan dana. Bangunan lama perlu dibaikpulih serta masalah banjir apabila hujan lebat perlu diatasi.
ADUN Taman Medan telah menyatakan kesediaan beliau membantu. Pihak PIBG akan mengemukakan permohonan mereka selepas ini.
Ramai yang telah menghulurkan sumbangan dan jelas mereka benar-benar sayang kepada sekolah Chen Moh.
No comments:
Post a Comment