Acara tahunan ini sudah kali kelima diadakan di tapak Dataran SRA Taman Datuk Harun. Semua murid-murid berkumpul di dataran dalam pakaian sukan mereka.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah, bagaimana sukaneka diadakan di permukaan yang kasar seperti itu, jika terjatuh tentu menyakitkan.
Namun, itu yang ada bagi SRA TDH untuk murid-murid meneruskan aktiviti sukan mereka.
Persekitaran sekolah amat sempit dan amat terasa kesesakannya. Bangunan baru ketika ia dicadangan pembinaannya, telah mendapat bantahan kerana penduduk sekitar tidak mahu tapak dibina sekolah. Namun dengan kegigihan pihak sekolah dan PIBG mereka telah berjaya meyakinkan penduduk bahawa pendidikan agama menjamin masa depan dunia dan akhirat anak-anak mereka.
Perkara ini sering dihadapi kerana penduduk belum biasa dengan perubahan. Begitu juga mereka belum ada kesedaran akan apa kesan pembangunan terhadap mereka. Apakah pembangunan baik bagi mereka dan bagaimana mereka menangani perubahan dan kemajuan.
Murid- murid sudah tidak sabar lagi memulakan perlumbaan, walaupun padang mereka hanya tapak perhimpunan pagi setiap minggu.
No comments:
Post a Comment