Friday, June 27, 2008

Bekalan air disambung semula

26 Jun 2008 - Penduduk pangsapuri PJS 1 Blok C dan D menarik nafas lega selepas bekalan air disambung semula. Bil air tertunggak sebanyak RM260 ,000 telah mengakibatkan pemotongan air sejak 23 Jun lepas.

Masalah bil air tertunggak tersebut sudah berlarutan sejak 3 tahun lepas dan tiada usaha bersungguh-sungguh di pihak penduduk untuk menjelaskan bil tersebut. Sebelum ini ada ahli politik yang telah mengarahkan pembekal air menyambungkan semula bekalan air, namun selepas itu, penduduk terus menikmati air tanpa menjelaskan bil yang tertunggak.

23 - 26 Jun penduduk telah melalui pengalaman pahit terpaksa menerima bekalan air daripada lori tangki yang dibekalkan oleh Syabas. Mereka terpaksa mengangkat air naik ke flat masing-masing. Memang sakit...

Setelah pihak-pihak terlibat berunding bagi menyambung semula bekalan, berikut adalah antara perkara yang telah dipersetujui:
1. penyambungan semula hanya akan dibuat selepas pembayaran bil tertunggak dibuat oleh pihak pemaju. Satu jumlah telah dipersetujui.

2. penduduk yang masih ada bil tertunggak mesti menjelaskan hutang mereka dalam tempoh 2 minggu. Sesiapa yang berhutang yang gagal membuat apa-apa bayaran akan dipotong bekalan selepas tempoh 2 minggu.

Pihak ADUN sendiri mengucapkan terima kasih kepada pemaju dan Syabas kerana telah tampil duduk sama berunding dan memberikan kerjasama demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk PJS 1 Blok C & D.

ADUN ingin mengingatkan kepada penduduk yang telah diberi nikmat bekalan air untuk sentiasa bertanggungjawab; jika menggunakan air, mesti ada usaha untuk menjelaskan bil.

Monday, June 16, 2008

Kaunter Aduan Bergerak



15 Jun 2008 - Satu kaunter aduan bergerak telah dibuka di pasar besar Jalan Othman hari ini. Sebaik saja kaunter dibuka, ramai pengunjung pasar besar tersebut telah berkerumun mengisi borang aduan yang disediakan.

Flyers yang mengandungi maklumat Pusat Khidmat Rakyat (PKR) di Taman Medan dan Bukit Gasing telah diedarkan kepada orang ramai.

ADUN Taman Medan dan Ahli Parlimen PJS telah meninjau pasar dan medan selera bersebelahan pasar bagi melihat kerosakan dan menerima aduan peniaga-peniaga di situ.

Pegawai Kesihatan Pasar En Arbain, telah memberitahu bahawa banyak laporan yang telah dipanjangkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya tetapi masih belum ada perkembangan.

Aduan yang diterima adalah berkaitan kemudahan yang sangat teruk seperti bekalan air, lampu, kebersihan dan sekali lagi peniaga-peniaga bukan warganegara yang dibiarkan berniaga.

Sunday, June 15, 2008

Menemui peniaga pasar-pasar malam




13 Jun 2008 - Siri lawatan ke beberapa tapak pasar malam telah dibuat oleh ADUN Taman Medan YB Haniza.

Beliau telah mendapatkan maklum balas secara terus daripada peniaga-peniaga pasar malam. Pasar-pasar malam yang dilawati adalah di Sri Manja, Taman Dato' Harun dan Baiduri.

Rata-rata aduan yang diterima adalah kelewatan mendapat lesen berniaga dan sering dikenakan kompaun kerana gagal mengemukakan lesen setiap kali pemeriksaan dilakukan. Peniaga-peniga tersebut yang kebanyakan mereka sudah berniaga lebih tiga tahun, dan ada yang sehingga 17 tahun tetapi masih tidak mendapat lesen. Alasan yang selalu diberikan kepada mereka ialah, pemberian lesen dibekukan.

Begitu juga, ramainya peniaga-peniaga dari kalangan warga asing yang dibiarkan berniaga tanpa tindakan tegas oleh pihak berkuasa.

ADUN taman Medan berjanji akan bangkitkan perkara berkaitan dalam mesyuarat bulanan bersama MBPJ.

Lawatan Kerja ke Balai Bomba Petaling dan Pusat Kesihatan Taman Medan
















10 Jun 2008 - Pejabat ADUN telah membuat Lawatan Kerja ke Pusat Kesihatan Taman Medan. Pusat tersebut yang telah dibuka pada awal tahun lalu, kini menerima lebih kurang 200 pesakit setiap hari.

Rombongan Pejabat ADUN yang terdiri daripada pegawai-pegawai khas serta pegawai penyelaras kawasan (PPK) telah diberi taklimat oleh Pengarah pusat Dr Looi.

Pada hari yang sama, Lawatan Kerja ke Balai Bomba Petaling Jaya juga telah dilakukan. Tujuan lawatan adalah bagi menjalinkan hubungan rapat dan kerjasama dalam memberi keselesaan untuk rakyat.

Kelihatan YB Haniza sedang melawat unit Res-Q yang merupakan unit 3 buah motorsikal berkuasa tinggi dilengkapi dengan peralatan menyelamat (dalam gambar).

Usaha bagi mendidik masyarakat Taman Medan khususnya dalam isu keselamatan akan digiatkan oleh Pejabat ADUN dengan kerjasama pihak Bomba PJ.




Tuesday, June 10, 2008

ADUN Taman Medan serah bantuan


Pembetulan: Penghuni rumah tersebut adalah Sarasvathy a/p Kathan dan suaminya M Vellu dan dua kakak ipar serta ibunya.

Sunday, June 8, 2008

Playgrounds to be upgraded soon

Residents have been asked to be more responsible and stop turning playgrounds into their own gardens by placing flower pots, scrap metal and abandoned cars there.
Residents have been asked to be more responsible and stop turning playgrounds into their own gardens by placing flower pots, scrap metal and abandoned cars there.

PETALING JAYA(Steets NST): Playgrounds can create and strengthen bonds between children from all walks of life, especially those living in high-density areas.

State assemblyman Haniza Talha (second from right) and MBPJ officials checking on the condition of a playground in Taman Medan.
State assemblyman Haniza Talha (second from right) and MBPJ officials checking on the condition of a playground in Taman Medan.

This is according to Taman Medan state assemblyman Haniza Talha, who spoke during a joint-visit with MBPJ officials to playgrounds in her constituency.

With that in mind, Haniza said that 10 sites in the area, including four playgrounds, have been earmarked for upgrading into futsal fields as youths prefer this sport.

Among the sites to be transformed into fustal fields are the volleyball courts at PJS 2D/11 and PJS 3/55.

Other suggested futsal field sites include five areas in PJS 1, one in PJS 2, three in PJS 3 and one in PJS 4.

"MBPJ has allocated RM200,000 to upgrade these to sites, but we would like other spots, including areas in PJS 1, PJS 2, PJS 3 and PJS 4 to benefit as well," said Haniza.

Meanwhile, several residents have lamented the poor conditions of certain existing playgrounds, some of which have become safety hazards.

"We are concerned over over-grown bushes near certain playgrounds as there had been several cases of encounters with snakes, which is certainly dangerous," said Esah Mohd Din, a resident in PJS 2D/11.

"Here in Taman Buana Perdana at PJS 3, the playground is sinking as there is loose soil underneath the playground mat," said resident Yuslan Yusof.

The bad news is, the condition of these playgrounds may not improve any time soon.

According to MBPJ landscape architect assistant director Nurbaiti Abdul Wahab, there is no budget to upgrade all the playgrounds, as there is a long waiting list of those with problems all over Petaling Jaya.

Nevertheless, she is glad that the playgrounds at PJS 2D/11 and PJS 3/55 will be upgraded soon.

Haniza said she was pleased that the MBPJ had accompanied her on her survey of the area.

"We are glad that MBPJ has come forward to discuss and follow us on our field trip, but we would need their co-operation to tell us the ideal ratio of how many residents of Taman Medan there should per every field.

"We don't want the public, especially youths, to fight over fields as it is obvious there's a lack of play areas in Taman Medan.

"Priority needs to be given to those who need it the most," said Haniza.

"Children from this area are mostly from the lower-income group and they can't afford to participate in expensive sports.

"As such, they rely on their playgrounds for leisure.

"Let's work together to help them.

"In return, the residents need to understand the difficulty in securing decent fields," she said.

Residents themselves were also called on to take good care of the playgrounds in their area.

According to Haniza, residents have been asked to be more responsible and stop turning playgrounds into their own gardens by placing flower pots, scrap metal and old abandoned cars there.

"In addition to other problems, this would also encourage unwanted activities to take place there too," she said.

Thursday, June 5, 2008

Pusat Khidmat Rakyat - PKR

Inilah Pusat Khidmat Rakyat bagi Kawasan Taman Medan. Dibuka setiap Isnin - Jumaat, 9 pagi - 6 petang.

Silalah berkunjung bagi mendapat maklumat mengenai agensi-agensi yang memberi bantuan, jenis bantuan yang boleh dipohon, program-program kemasyarakatan yang dianjurkan oleh Pejabat ADUN.

Bumbung dibawa angin




















29 Mei 2008: Angin kuat telah mengakibatkan bumbung unit pangsapuri Damai Senja tingkat 12 diterbangkan. Keluarga terbabit yang pada ketika kejadian sedang duduk di ruang tamu unit tersebut.
ADUN telah pergi melihat kerosakan yang dialami dan telah meminta pihak pemaju melihat kepada kos gantirugi yang dapat diberikan kepada mangsa. Selain kerosakan kepada unit pangsapuri, beberapa buah kereta telah ditimpa bumbung yang melayang dari tingkat 12.


Masih ada yang sayang

25 Mei 2008: Menziarah warga emas di Kawasan Melayu, Petaling Jaya.

Selepas merasmikan Program Berkhatan beramai-ramai di Masjid Sultan Abdul Aziz, PJ, ADUN Taman Medan telah melawat warga emas yang uzur bagi menghiburkan mereka.
Sedikit sumbangan telah diserahkan.

Wang ringgit tidak dapat menggantikan kasih sayang. Rasa masih disayangi dan dihormati sudah tentu menggembirakan mereka.

Pelan Migrasi Syabas



24 Mei 2008: Penerangan mengenai pelan migrasi Syabas di Pejabat ADUN Taman Medan.

Majlis telah dihadiri oleh ADUN, Ahli Parlimen PJS dan pegawai-pegawai Pejabat ADUN.

Pengguna yang masih menggunakan meter pukal boleh bertukar kepada meter individu dengan mematuhi beberapa syarat; mendapat persetujuan pihak pengurusan bangunan, semua penghuni pangsapuri bersetuju menukar kepada meter individu, pihak pemaju melangsaikan segala bil tertunggak, membayar caj penukaran sebanyak RM130.

Dengan meter individu pengguna boleh menikmati pemberian air percuma 20 meter padu daripada kerajaan PR Selangor.

Ceriakan Taman Medan - Rumah panjang PJS 1


1 Jun 2008: Satu gotong-royong telah dianjurkan oleh Pejabat ADUN Taman Medan di PJS 1 sekitar kawasan rumah panjang. Penduduk sekitar; pangsapuri Damai Senja, Petaling Utama dan ahli Keadilan juga terlibat dalam kerja membersihkan kawasan tersebut. Peralatan disediakan oleh MBPJ dan Alam Flora.
Penglibatan penduduk sekitar akan menjalinkan hubungan dan persefahaman antara mereka dan penghuni rumah panjang. Dengan itu, mewujudkan rasa kebersamaan kalangan penduduk tanpa mengira kaum dan status. Terima kasih kepada semua yang terlibat.
Pejabat ADUN akan menganjurkan beberapa lagi gotong-royong di sekitar kawasan Taman Medan bagi menceriakan suasana dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan sihat.

Penyerahan Kerusi Roda Sumbangan Pejabat ADUN Taman Medan

Wakil dari Pejabat ADUN menyerahkan kerusi roda kepada keluarga Encik Ismail Hatan

Pada 28 Mei 2008 yang lepas, wakil dari Pejabat ADUN telah menyerahkan satu kerusi roda untuk kegunaan Encik Ismail Hatan yang kehilangan sebelah kaki akibat penyakit kencing manis. Sehari sebelum itu telah berlangsung satu sesi dialog bersama penduduk PJS 2D/15A dan ADUN Taman Medan(YB Puan Haniza Mohamed Talha) serta Pegawai-Pegawai Pejabat ADUN. Pada malam tersebut ADUN Taman Medan telah berjanji untuk memberi sebuah kerusi roda memandangkan Encik Ismail amat memerlukan kerusi tersebut untuk memudahkan beliau bergerak.

Wednesday, June 4, 2008

Penduduk perlukan segera padang riadah

Haniza gets council moving on her woes

Taman Medan state assemblyman Haniza Mohemed Talha at the meeting with the Petaling Jaya Municipal Council (MBPJ) recently


PETALING JAYA (NST): State assembly representatives and municipal councils have been asked to co-operate to serve the public better.

This call was made by Taman Medan state assemblyman Haniza Mohemed Talha, who convened a meeting with the Petaling Jaya Municipal Council (MBPJ) recently.

At a press conference later, she said the objective of the meeting was for the assembly representatives to build a rapport with MBPJ and to discuss the process of future problem-handling.

"It was a positive and pro-active sitdown where we tabled various problems that affect the residents in my constituency," said Haniza, adding that the council had taken immediate action on some of the problems highlighted by deploying their officers to investigate on the very same day.

She said that a better understanding of the problem-solving process would also shorten the period needed to resolve issues, and ensure that Petaling Jaya residents would enjoy better amenities and live safely.

Among the complaints tabled was the issue of lack of cleanliness -- a sore point for Taman Medan, notorious for its many illegal dumpsites that have raised health concerns.

Haniza sought the co-operation of the MBPJ in investigating the matter and to arrest those who were guilty of indiscriminate dumping in the densely-populated area.

Haniza also raised the matter of Alam Flora's policy of only collecting rubbish from the expensive bins it introduced recently.

She said the poor may not be able to afford such bins and may resort to illegal dumping as a result.

As for ensuring the health and safety of Petaling Jaya residents, Haniza asked that the MBPJ scrutinise the sanitary conditions of many food courts in the city.

She cited examples of food courts in Jalan 223 and at Section 14, where the quality of food served must be assured to be safe.

She added that they should also be equipped with good and ample amenities like parking lots and public toilets.

Haniza had also raised concerns about an illegal sand-selling operation at Kampung Waiduri in Taman Medan.

She said the operation disrupted activities of an Islamic school nearby and was a major sore point for many residents there.

Haniza also took the opportunity to commend the MBPJ for some of the initiatives it recently undertook.

For instance, she lauded the council for introducing a free bus service to cater to the poorer sector of the community and senior citizens. The bus route, which would cover the perimeter of the city, would commence operations in June.

"It is a positive initiative by the MBPJ to manage the free fare bus line. In addition, they have also provided a van to help the disabled travel within the city free-off-charge," she said.

The MBPJ's decision to open all public halls to members of the community without any conditions except for the rental, was also seen as a welcome decision.

Haniza said the move would promote more social integration programmes, as well as offer the public a place to hold community events.

At the meeting, chaired by the MBPJ deputy mayor Puasa Md Taib, it was agreed that all issues tabled would be investigated and monitored constantly to ensure long-term enforcement and the resolution of problems.

Kampung Medan residents want toll plaza relocated

PETALING JAYA (Street NST): Kampung Medan residents approached state assemblyman Haniza Mohamed Talha to highlight their problems with New Pantai Expressway (NPE) Sdn Bhd.

Haniza said: "The residents say the road leading to Kampung Medan was only upgraded, and that no new road was built.

"Thus, they wonder why they have to pay toll to use it.

"They would like NPE to move the toll plaza to another location or be given resident toll rates."

She cited the example of Penang, where residents are given a toll rate of RM5 to use the bridge.

"Taman Medan residents pay RM1.60 to use the toll each time. Some of them find the rate too high.

"And now, we learn that NPE has plans to increase the toll to RM2 from Jan 1."

She said although the financial issue was a pressing one, concerns about safety related to the toll had arisen.

She said motorists avoiding the toll road were using the inside roads of Jalan 12 Taman Dato Harun to Jalan Besar Taman Medan.

As there are schools in the area, the lives of children are at risk.

"Bear in mind that there are four schools here and it's a congested residential area. During peak hours, many motorists use the smaller roads.

"Our second concern is the safety of cycle-lane users from Petaling Jaya heading for the Federal Highway.

"As part of their route, the motorcyclists must ride across five car lanes and this has caused many accidents involving cars and motorbikes."

Haniza said initial meetings with NPE had been fruitful, and that solutions were being considered.

"According to NPE representatives, their proposals on improving the situation, which were submitted to higher authorities, were rejected.

"But we are pleased with our first meeting with NPE and want to start afresh. Our main agenda is to serve the public.

Haniza said: "NPE is open to suggestions and their representatives promised us a follow-up meeting to propose their solutions to improve the lives of Taman Medan residents."

Soalan ADUN Taman Medan dan Jawapan Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Pertama

Soalan No. 10

Tajuk : Pencemaran Udara Di Lombong PJS 3, Taman Medan

10. Pencemaran toksik yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan. Gas hydrogen sulfide yang dikeluarkan ke udara telah merosakkan harta benda awam, mengeluarkan bau yang busuk dan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk.

Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar:

a) Siapakah pemilik lombong tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya? Beri butiran syarikat/individu pemilik kawasan tersebut dan keluasan yang dimiliki.

b) Siapa yang bertanggungjawab membiayai kos merawat lombong yang tercemar tersebut dan berapa lama rawatan perlu dijalankan?

c) Syarikat manakah yang menjalankan rawatan tersebut dan apakah kadar toksik sejak mula dikesan sehingga kini, dan kaedah rawatan yang dijalankan?



Soalan dijawab oleh Y.B. Cik Elizabeth Wong Keat Ping

Kawasan bekas lombong seluas lebih kurang 114 ekar di kawasan Taman Sri Manja PJS 3, telah diberi milik kepada 5 pemaju iaitu:

i)
Nama Pemaju : Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 2.80 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah pangsa kos sederhana murah

ii) Nama Pemaju : Tetuan Maju Jaya Sdn Bhd
No. Lot : PT 5225 sebahagian Lot 25520
Luas Tapak : 10.331 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

iii) Nama Pemaju : Tetuan Buana Perdana Sdn Bhd
No. Lot : sLot PT 6489
Luas Tapak : 10.56 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah teres 2 tingkat (228 unit)

iv) Nama Pemaju : Tetuan Lagenda Kencana Sdn Bhd
No. Lot : Lot PT 12813 hingg PT 12817
Luas Tapak : 71 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

v) Nama Pemaju : Tetuan Peter's Bricksworks Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 9.37 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah kos rendah dan industri teres


Walaubagaimanapun, hanya lebih kurang 10 ekar kawasan lombong iaitu milik Tetuan Lagenda Kencana Sdn. Bhd. yang belum ditambak untuk pembangunan. Daripada tahun 2004 hingga 2006, pihak yang bertanggungjawab membiayai ks rawatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kos sebanyak RM3.4 juta. Dari tahun 2007 hingga sekarang, kos rawatan dibiayai oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 4.8 juta. Rawatan lombong ini akan diteruskan sehingga lombong ditimbus sepenuhnya. Setakat ini terdapat 3 buah syarikat telah dilantik untuk menjalankan rawatan mulai tahun 2004 iaitu:

i) Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA)
ii) Geo Kinetics Sdn. Bhd.
iii) Kunci Produktif Sdn. Bhd.

Semasa kes ini mula dikesan, bacaan tertinggi yang dicatatkan hasil pemantauan adalah 600ppm. Mulai tahun 2005 hingga kini, tahap bacaan gas adalah stabil kecuali semasa hujan. Kaedah rawatan yang digunakan ialah Bahan Biologi dan Bahan Kimia.