Friday, June 27, 2008

Bekalan air disambung semula

26 Jun 2008 - Penduduk pangsapuri PJS 1 Blok C dan D menarik nafas lega selepas bekalan air disambung semula. Bil air tertunggak sebanyak RM260 ,000 telah mengakibatkan pemotongan air sejak 23 Jun lepas.

Masalah bil air tertunggak tersebut sudah berlarutan sejak 3 tahun lepas dan tiada usaha bersungguh-sungguh di pihak penduduk untuk menjelaskan bil tersebut. Sebelum ini ada ahli politik yang telah mengarahkan pembekal air menyambungkan semula bekalan air, namun selepas itu, penduduk terus menikmati air tanpa menjelaskan bil yang tertunggak.

23 - 26 Jun penduduk telah melalui pengalaman pahit terpaksa menerima bekalan air daripada lori tangki yang dibekalkan oleh Syabas. Mereka terpaksa mengangkat air naik ke flat masing-masing. Memang sakit...

Setelah pihak-pihak terlibat berunding bagi menyambung semula bekalan, berikut adalah antara perkara yang telah dipersetujui:
1. penyambungan semula hanya akan dibuat selepas pembayaran bil tertunggak dibuat oleh pihak pemaju. Satu jumlah telah dipersetujui.

2. penduduk yang masih ada bil tertunggak mesti menjelaskan hutang mereka dalam tempoh 2 minggu. Sesiapa yang berhutang yang gagal membuat apa-apa bayaran akan dipotong bekalan selepas tempoh 2 minggu.

Pihak ADUN sendiri mengucapkan terima kasih kepada pemaju dan Syabas kerana telah tampil duduk sama berunding dan memberikan kerjasama demi kebajikan dan kesejahteraan penduduk PJS 1 Blok C & D.

ADUN ingin mengingatkan kepada penduduk yang telah diberi nikmat bekalan air untuk sentiasa bertanggungjawab; jika menggunakan air, mesti ada usaha untuk menjelaskan bil.

No comments:

Soalan ADUN Taman Medan dan Jawapan Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Pertama

Soalan No. 10

Tajuk : Pencemaran Udara Di Lombong PJS 3, Taman Medan

10. Pencemaran toksik yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan. Gas hydrogen sulfide yang dikeluarkan ke udara telah merosakkan harta benda awam, mengeluarkan bau yang busuk dan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk.

Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar:

a) Siapakah pemilik lombong tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya? Beri butiran syarikat/individu pemilik kawasan tersebut dan keluasan yang dimiliki.

b) Siapa yang bertanggungjawab membiayai kos merawat lombong yang tercemar tersebut dan berapa lama rawatan perlu dijalankan?

c) Syarikat manakah yang menjalankan rawatan tersebut dan apakah kadar toksik sejak mula dikesan sehingga kini, dan kaedah rawatan yang dijalankan?



Soalan dijawab oleh Y.B. Cik Elizabeth Wong Keat Ping

Kawasan bekas lombong seluas lebih kurang 114 ekar di kawasan Taman Sri Manja PJS 3, telah diberi milik kepada 5 pemaju iaitu:

i)
Nama Pemaju : Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 2.80 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah pangsa kos sederhana murah

ii) Nama Pemaju : Tetuan Maju Jaya Sdn Bhd
No. Lot : PT 5225 sebahagian Lot 25520
Luas Tapak : 10.331 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

iii) Nama Pemaju : Tetuan Buana Perdana Sdn Bhd
No. Lot : sLot PT 6489
Luas Tapak : 10.56 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah teres 2 tingkat (228 unit)

iv) Nama Pemaju : Tetuan Lagenda Kencana Sdn Bhd
No. Lot : Lot PT 12813 hingg PT 12817
Luas Tapak : 71 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

v) Nama Pemaju : Tetuan Peter's Bricksworks Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 9.37 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah kos rendah dan industri teres


Walaubagaimanapun, hanya lebih kurang 10 ekar kawasan lombong iaitu milik Tetuan Lagenda Kencana Sdn. Bhd. yang belum ditambak untuk pembangunan. Daripada tahun 2004 hingga 2006, pihak yang bertanggungjawab membiayai ks rawatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kos sebanyak RM3.4 juta. Dari tahun 2007 hingga sekarang, kos rawatan dibiayai oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 4.8 juta. Rawatan lombong ini akan diteruskan sehingga lombong ditimbus sepenuhnya. Setakat ini terdapat 3 buah syarikat telah dilantik untuk menjalankan rawatan mulai tahun 2004 iaitu:

i) Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA)
ii) Geo Kinetics Sdn. Bhd.
iii) Kunci Produktif Sdn. Bhd.

Semasa kes ini mula dikesan, bacaan tertinggi yang dicatatkan hasil pemantauan adalah 600ppm. Mulai tahun 2005 hingga kini, tahap bacaan gas adalah stabil kecuali semasa hujan. Kaedah rawatan yang digunakan ialah Bahan Biologi dan Bahan Kimia.