Flyers yang mengandungi maklumat Pusat Khidmat Rakyat (PKR) di Taman Medan dan Bukit Gasing telah diedarkan kepada orang ramai.
ADUN Taman Medan dan Ahli Parlimen PJS telah meninjau pasar dan medan selera bersebelahan pasar bagi melihat kerosakan dan menerima aduan peniaga-peniaga di situ.
Pegawai Kesihatan Pasar En Arbain, telah memberitahu bahawa banyak laporan yang telah dipanjangkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya tetapi masih belum ada perkembangan.
Aduan yang diterima adalah berkaitan kemudahan yang sangat teruk seperti bekalan air, lampu, kebersihan dan sekali lagi peniaga-peniaga bukan warganegara yang dibiarkan berniaga.
No comments:
Post a Comment