Friday, November 21, 2008

MOVED

ADUN Taman Medan has now moved to:

http://aduntamanmedan.wordpress.com/

Friday, November 14, 2008

Pemikiran Dr Syed Husin Ali

9 November 2008 - Saya bertuah kerana berpeluang menghadiri pelancaran 4 buah karya Dr Syed Husin Ali di Shah Alam, baru-baru ini.

Dr syed Husin Ali seorang pemikir Melayu yang mengenengahkan pemikiran yang kontemporari walaupun tulisannya sudah bersama kita sejak tahun 70-an dulu.

Salah sebuah bukunya mengupas mengenai dilema yang dihadapi oleh orang Melayu. Namun, tulisannya jujur dan kritikal, berbeza dengan tulisan Dr Mahathir yang memberi persepsi kejayaan orang Melayu yang ternyata memperdayakan.

Kalau ingin tahu lebih lanjut, dapatkan buku tulisan Dr Syed "Malays, their problems and future"

Kursus kemahiran bagi ibu-ibu tunggal dan wanita

Baru-baru ini, Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan telah memulakan kursus-kursus bagi usahawan kecil. Kursus tersebut dibuka kepada ibu-ibu tunggal yang berminat mencari sumber pendapatan sampingan.

Kursus-kursus yang akan ditawarkan adalah menjahit manik, menjahit langsir, memasak (lauk, kuih), menganyam bakul daripada kertas dan membuat 'costume jewellery'.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Pusat Khidmat Rakyat. Buat masa sekarang, kursus yang sudah bermula ialah menjahit manik. Yuran yang dikenakan adalah mengikut kursus dan pendapatan isi rumah.

Usaha sedang dibuat untuk mencari peluang bagi peserta-peserta yang telah mengikuti kursus mendapat peluang tempahan atau memasarkan produk-produk yang telah dihasilkan kelak.

Thursday, November 13, 2008

Pesta Ria bagi kumpul dana SJK (C) Chen Moh


9 November 2008 - Pesta Ria SJK (C) Chen Moh Petaling Jaya sangat meriah. Pesta yang diadakan bagi mengumpul dana bagi pembinaan bangunan baru sekolah ternyata sukses.
Sasaran pengunjung adalah 10 ribu. Pelbagai aktiviti dan jualan telah diadakan pada hari tersebut. ADUN Taman Medan Pn Haniza Mohd Talha telah berkesempatan mengunjungi pesta tersebut.
Menurut AJK PIBG Chen Moh En Ong, Pesta Ria telah dirancang dua bulan awal dan mendapat kerjasama erat antara ibu bapa, PIBG dan sekolah. Gerai-gerai yang diadakan telah dikendalikan oleh ibu bapa dan pelajar dibantu guru-guru.
Bangunan baru yang menelan belanja sebanyak 4 juta sudah mula dibina. Ia akan mempunyai makmal, pejabat dan bilik darjah yang rekabentuk moden dan kelengkapan yang terkini.
Sebelum pilihanraya umum kedua belas, bekas Menteri Besar Datuk Seri Khir Toyo telah menjanjikan RM100 ribu untuk bangunan baru sekolah ini. Begitulah cara kerajaan Barisan Nasional mempergunakan kuasa yang ada bagi berkempen meraih sokongan di sekolah-sekolah dengan menjanjikan peruntukan kepada sekolah.
Janji yang dibuat tidak ditunaikan kerana ia hanya bagi mendapat sokongan daripada masyarakat Tionghua di Petaling Jaya pada ketika itu.
Namun, pihak sekolah dan PIBG telah bertindak proaktif, telah memulakan pengumpulan dana. Bangunan lama perlu dibaikpulih serta masalah banjir apabila hujan lebat perlu diatasi.
ADUN Taman Medan telah menyatakan kesediaan beliau membantu. Pihak PIBG akan mengemukakan permohonan mereka selepas ini.
Ramai yang telah menghulurkan sumbangan dan jelas mereka benar-benar sayang kepada sekolah Chen Moh.

Tuesday, November 11, 2008

Belia harapan agama, bangsa dan negara


8 November 2008 - Remaja merupakan satu fasa umur yang gemar mencuba. Ada yang bijak menghabiskan masa remajanya tetapi tidak kurang juga yang terjebak dalam perbuatan merugikan.

Remaja adalah aset negara yang sangat berharga, kerana di tangan mereka tergenggam masa depan agama, bangsa dan negara. Oleh hal yang demikian, sudah menjadi tanggungjawab bersama bagimempersiapkan strategi dalam usaha mewujudkan
generasi masa depan yang berkualiti.

YB Haniza Mohd Talha ADUN Taman Medan telah bertemu seramai 80 orang remaja perempuan dan lelaki daripada beberapa tempat di Petaling Jaya.


Peserta-peserta telah bermalam di tapak Stadium Arena PJ dan keesokan paginya mengikuti pengisian dalam bentuk bengkel dan latihan dalam kumpulan.

Penduduk diancam haiwan berbisa

8 November 2008 - Penduduk di Pangsapuri Medan Jaya telah beberapa kali menyatakan rasa bimbang mereka akan penemuan haiwan berbisa di kawasan "pembuangan sampah" berdekatan.

Sikap tidak bertanggunjawab sesetengah pihak membuang sampah di tapak tersebut telah mengundang bahaya yang tidak diminta.

Alangkah terkejutnya seorang pemilik pangsapuri telah dilaporkan menjumpai seekor ular dalam kereta bahagian enjin di hadapan.

Wakil penduduk di situ telah menyatakan rasa tidak puashatinya kerana tapak tersebut telah dibersihkan pada awal tahun tetapi kembali dilonggokkan sampah sebaik saja bersih.

ADUN Taman Medan telah melawat ke tapak bagi meninjau kawasan yang dimaksudkan.

Didapati ada dua tempat yang dijadikan tempat membuang sampah; di tepi Jalan 12 dan di belakang Pangsapuri Kos Rendah Medan Jaya. Penduduk di situ telah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong bagi membersihkan semak-samun dan sampah-sarap.


Perkara tersebut akan dimaklumkan kepada pihak MBPJ. Permohonan penduduk kepada surau yang baru juga dalam perhatian.

Bersukan pupuk disiplin dan gaya hidup sihat

8 November 2008 - Sekolah Rendah Agama Taman Datuk Harun telah mengadakan Sukaneka Tahunannya pada minggu lepas.

Acara tahunan ini sudah kali kelima diadakan di tapak Dataran SRA Taman Datuk Harun. Semua murid-murid berkumpul di dataran dalam pakaian sukan mereka.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah, bagaimana sukaneka diadakan di permukaan yang kasar seperti itu, jika terjatuh tentu menyakitkan.

Namun, itu yang ada bagi SRA TDH untuk murid-murid meneruskan aktiviti sukan mereka.

Persekitaran sekolah amat sempit dan amat terasa kesesakannya. Bangunan baru ketika ia dicadangan pembinaannya, telah mendapat bantahan kerana penduduk sekitar tidak mahu tapak dibina sekolah. Namun dengan kegigihan pihak sekolah dan PIBG mereka telah berjaya meyakinkan penduduk bahawa pendidikan agama menjamin masa depan dunia dan akhirat anak-anak mereka.

Perkara ini sering dihadapi kerana penduduk belum biasa dengan perubahan. Begitu juga mereka belum ada kesedaran akan apa kesan pembangunan terhadap mereka. Apakah pembangunan baik bagi mereka dan bagaimana mereka menangani perubahan dan kemajuan.

Murid- murid sudah tidak sabar lagi memulakan perlumbaan, walaupun padang mereka hanya tapak perhimpunan pagi setiap minggu.

Soalan ADUN Taman Medan dan Jawapan Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Pertama

Soalan No. 10

Tajuk : Pencemaran Udara Di Lombong PJS 3, Taman Medan

10. Pencemaran toksik yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan. Gas hydrogen sulfide yang dikeluarkan ke udara telah merosakkan harta benda awam, mengeluarkan bau yang busuk dan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk.

Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar:

a) Siapakah pemilik lombong tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya? Beri butiran syarikat/individu pemilik kawasan tersebut dan keluasan yang dimiliki.

b) Siapa yang bertanggungjawab membiayai kos merawat lombong yang tercemar tersebut dan berapa lama rawatan perlu dijalankan?

c) Syarikat manakah yang menjalankan rawatan tersebut dan apakah kadar toksik sejak mula dikesan sehingga kini, dan kaedah rawatan yang dijalankan?



Soalan dijawab oleh Y.B. Cik Elizabeth Wong Keat Ping

Kawasan bekas lombong seluas lebih kurang 114 ekar di kawasan Taman Sri Manja PJS 3, telah diberi milik kepada 5 pemaju iaitu:

i)
Nama Pemaju : Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 2.80 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah pangsa kos sederhana murah

ii) Nama Pemaju : Tetuan Maju Jaya Sdn Bhd
No. Lot : PT 5225 sebahagian Lot 25520
Luas Tapak : 10.331 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

iii) Nama Pemaju : Tetuan Buana Perdana Sdn Bhd
No. Lot : sLot PT 6489
Luas Tapak : 10.56 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah teres 2 tingkat (228 unit)

iv) Nama Pemaju : Tetuan Lagenda Kencana Sdn Bhd
No. Lot : Lot PT 12813 hingg PT 12817
Luas Tapak : 71 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

v) Nama Pemaju : Tetuan Peter's Bricksworks Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 9.37 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah kos rendah dan industri teres


Walaubagaimanapun, hanya lebih kurang 10 ekar kawasan lombong iaitu milik Tetuan Lagenda Kencana Sdn. Bhd. yang belum ditambak untuk pembangunan. Daripada tahun 2004 hingga 2006, pihak yang bertanggungjawab membiayai ks rawatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kos sebanyak RM3.4 juta. Dari tahun 2007 hingga sekarang, kos rawatan dibiayai oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 4.8 juta. Rawatan lombong ini akan diteruskan sehingga lombong ditimbus sepenuhnya. Setakat ini terdapat 3 buah syarikat telah dilantik untuk menjalankan rawatan mulai tahun 2004 iaitu:

i) Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA)
ii) Geo Kinetics Sdn. Bhd.
iii) Kunci Produktif Sdn. Bhd.

Semasa kes ini mula dikesan, bacaan tertinggi yang dicatatkan hasil pemantauan adalah 600ppm. Mulai tahun 2005 hingga kini, tahap bacaan gas adalah stabil kecuali semasa hujan. Kaedah rawatan yang digunakan ialah Bahan Biologi dan Bahan Kimia.