Thursday, October 23, 2008

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor

DUN Selangor mula bersidang pada 20 Oktober sehingga 24 Oktober 2008. Di bawah adalah antara soalan-soalan mulut yang dikemukakan oleh ADUN Taman Medan. Sejumlah 10 soalan mulut dan 1 soalan bertulis telah dikemukakan.

PEMBANGUNAN SUKAN
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Bagaimana kerajaan negeri mengatasi pembangunan sukan di kawasan Bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kekurangan tanah untuk rekreasi dan sukan?
b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan sukan kalangan belia?

PENCEMARAN LOMBONG
Kawasan bekas lombong seluas 114 ekar di Taman Sri Manja, PJS 3 telah diberi milik kepada 5 pemaju. Namun kos pembiayaan rawatan lombong yang tercemar tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor; 2004-2006, kos rawatan RM3.4 juta; 2007-kini, kos rawatan 4.8 juta.
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Mengapakah kerajaan negeri terpaksa menanggung kos rawatan sedangkan tapak adalah milik persendirian sepenuhnya?
b) Adakah mana-mana pemaju yang menjadi pemilik tapak lombong tersebut membiaya kos rawatan lombong. Senaraikan nama pemaju, jumlah yang dibiaya dan tarikh pembiayaan diberi.
c) Apakah kaedah rawatan yang dibuat atau hanya meneutralkan gas yang keluar (hydrogen sulfide). Mengapa tidak dirawat punca sebenar masalah lombong?

PEMULIHARAAN TAPAK SEJARAH
Dalam Bajet 2009 kerajaan pusat, sejumlah RM50 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pemuliharaan di Melaka dan Pulau Pinang. Negeri Selangor juga mempunyai tapak-tapak sejarahnya sendiri yang memerlukan usaha-usaha pemuliharaan.
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga tapak-tapak sejarah dalam negeri agar terus kekal?
b) Di manakah tapak-tapak sejarah yang sudah dikenalpasti?
c) Bagaimana dikekalkan pengusaha-pengusaha produk seni yang ada kaitannya dengan sejarah lama seperti seni ukiran, seni tekad (sulaman) dan anyaman dll?

MENAIKTARAF TAMAN PERUMAHAN LAMA
Terdapat banyak kawasan perumahan yang lama memerlukan kerja-kerja menaiktaraf. Berlaku pengubahsuaian bangunan yang menduduki rezab jalan dan longkang yang berleluasa, yang akan membawa kesan kepada kesihatan, kebersihan dan keselamatan.
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Apakah perancangan Kerajaan bagi usaha-usaha pemurnian di kawasan-kawasan di atas?
b) Apakah tindakan ke atas pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian yang melanggar syarat binaan dan bangunan?
c) Berapa lamakah tempoh yang akan diberikan kepada pemilik untuk mematuhi syarat binaan dan bangunan yang sedia ada oleh kerajaan tempatan?

No comments:

Soalan ADUN Taman Medan dan Jawapan Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Pertama

Soalan No. 10

Tajuk : Pencemaran Udara Di Lombong PJS 3, Taman Medan

10. Pencemaran toksik yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan. Gas hydrogen sulfide yang dikeluarkan ke udara telah merosakkan harta benda awam, mengeluarkan bau yang busuk dan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk.

Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar:

a) Siapakah pemilik lombong tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya? Beri butiran syarikat/individu pemilik kawasan tersebut dan keluasan yang dimiliki.

b) Siapa yang bertanggungjawab membiayai kos merawat lombong yang tercemar tersebut dan berapa lama rawatan perlu dijalankan?

c) Syarikat manakah yang menjalankan rawatan tersebut dan apakah kadar toksik sejak mula dikesan sehingga kini, dan kaedah rawatan yang dijalankan?



Soalan dijawab oleh Y.B. Cik Elizabeth Wong Keat Ping

Kawasan bekas lombong seluas lebih kurang 114 ekar di kawasan Taman Sri Manja PJS 3, telah diberi milik kepada 5 pemaju iaitu:

i)
Nama Pemaju : Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 2.80 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah pangsa kos sederhana murah

ii) Nama Pemaju : Tetuan Maju Jaya Sdn Bhd
No. Lot : PT 5225 sebahagian Lot 25520
Luas Tapak : 10.331 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

iii) Nama Pemaju : Tetuan Buana Perdana Sdn Bhd
No. Lot : sLot PT 6489
Luas Tapak : 10.56 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah teres 2 tingkat (228 unit)

iv) Nama Pemaju : Tetuan Lagenda Kencana Sdn Bhd
No. Lot : Lot PT 12813 hingg PT 12817
Luas Tapak : 71 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

v) Nama Pemaju : Tetuan Peter's Bricksworks Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 9.37 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah kos rendah dan industri teres


Walaubagaimanapun, hanya lebih kurang 10 ekar kawasan lombong iaitu milik Tetuan Lagenda Kencana Sdn. Bhd. yang belum ditambak untuk pembangunan. Daripada tahun 2004 hingga 2006, pihak yang bertanggungjawab membiayai ks rawatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kos sebanyak RM3.4 juta. Dari tahun 2007 hingga sekarang, kos rawatan dibiayai oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 4.8 juta. Rawatan lombong ini akan diteruskan sehingga lombong ditimbus sepenuhnya. Setakat ini terdapat 3 buah syarikat telah dilantik untuk menjalankan rawatan mulai tahun 2004 iaitu:

i) Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA)
ii) Geo Kinetics Sdn. Bhd.
iii) Kunci Produktif Sdn. Bhd.

Semasa kes ini mula dikesan, bacaan tertinggi yang dicatatkan hasil pemantauan adalah 600ppm. Mulai tahun 2005 hingga kini, tahap bacaan gas adalah stabil kecuali semasa hujan. Kaedah rawatan yang digunakan ialah Bahan Biologi dan Bahan Kimia.