
Ogos 2008 - Dalam tinjauan di sekitar kawasan Masjid Dato' Hj Kamaruddin, Baiduri, Petaling Jaya, didapati parit besar di sebelah masjid di penuhi dengan tumbuhan dan pokok-pokok. Keadaan tersebut mengundang bencana banjir jika berlaku hujan lebat.
(
Foto di sebelah kiri menunjukkan Masjid berada di tebing parit besar. Kelihatan parit besar yang baru saja dibersihkan oleh penduduk, tiada tembok penahan dan binaan parit yang betul)Perkara tersebut juga telah menjadi salah satu kebimbangan penduduk apabila berlaku hujan lebat. Adalah dikhuatiri, tebing parit akan runtuh sekiranya kerja-kerja menaiktaraf tidak dilakukan segera.


Semasa pilihanraya, kerja-kerja membina parit kecil di tepi jalanraya berdekatan telah dijalankan. Namun, ia terhenti di situ saja, tiada apa-apa dilakukan ke atas parit besar yang akan menampung air yang disalurkan ke dalam Air dari parit tersebut akan masuk ke dalam parit besar yang dibiarkan tanpa dinaikkan taraf. Didapati air longkang dari kawasan berdekatan juga memasukki parit besar tersebut.
Kapasiti air longkang yang besar dijangka bila hujan turun kerana air dari jalanraya juga disalurkan ke situ.

Adalah wajar bagi pihak kejuruteraan MBPJ meninjau dan memastikan parit besar tepi Masjid Dato' Hj Kamaruddin dinaikkan taraf bagi menampung kapasiti air yang bertambah.
No comments:
Post a Comment