Wednesday, October 29, 2008

Antara butiran yang dibangkitkan dalam Halatuju Perancangan Pembangunan Selangor 2025

ADUN Taman Medan YB Haniza Talha bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Elizabeth Wong di Dewan Undangan Negeri Selangor

Negeri Selangor sudah ke hadapan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dalam memacu pembangunan. Namun, panggilan Selangor Negeri Maju jangan mengelirukan kita kerana tidak semestinya sudah maju sudah sempurna dan tiada masalah.

Kemajuan yang sudah dan sedang dikecapi ada bersamanya permasalahan dan cabarannya. Kemajuan dari segi Pembangunan fizikal yang pantas telah meninggalkan rakyat negeri di belakang dari segi pembangunan insan.

Pembangunan Holistik

Bandar-bandar yang mempunyai infrastruktur yang termoden dan terkini tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh penduduk kerana mereka tidak tahu menggunakannya. Tidak hairanlah, pangsapuri2 yang baru menggantikan rumah2 setinggan masih dihantui masalah kebersihan, pencemaran alam, persefahaman dan keceriaan.

Pembangunan yang dibuat tidak dirancang dengan baik dan menyeluruh, sehingga mengabaikan aspek kemanusiaan yang sebenarnya adalah elemen utama dalam mana-mana pembangunan.

Saya berharap dengan Usul Dasar Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 tidak akan menabaikan aspek kemanusiaan ini.

Dengan mengenalpasti cabaran-cabaran seperti:

Isu Sosial dan Kemanusiaan
Isu Gunatanah
Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Isu Perbandaran
Isu Perumahan
Tanah Perkuburan
Tanah Lapang
Kemudahan awam

Taman Meda tidak tahu untuk merasa lega atau cemas, melihatkan senarai isu dan cabaran yang disenaraikan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025, ada 13 Isu dan Cabaran dan daripada 13, 8 adalah cabaran bagi Kawasan Tama Medan

Maka, satu Rancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 yang holistik perlu dilaksanakan dan tidak mengulangi kesilapan kerajaan yang lalu, yang banyak menekankan pembangunan fizikal daripada kemanusiaan.

Perbandaran

Penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 berjumlah 19.5 juta dan pada tahun 2020 meningkat kepada 26.8 juta. Penduduk Selangor dengan jumlah 7.3 juta pada tahun 2020 merangkumi 27% daripada jumlah penduduk semenanjung Malaysia pada tahun 2020.

Sejumlah besar penduduk tersebut akan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Ini disebabkan terdapat prospek pembangunan yang ditawarkan di Lembah Kelang seperti eluang ekerjaan, pendidikan tinggi, perniagaan, kemudahan awam dan gaya hidup yang moden.

Rancangan Pembangunan 2025 perlu menjangkakan permasalahan-permasalahan yang akan wujud kesan daripada perbandaran. Menurut kajian, kesan positif perbandaran (urbanization) adalah dari segi; kemudahan awam, pendidikan, pendapatan hidup dan gaya hidup. Namun, kesan negatif perbandaran adalah terhadap keselamatan dan sosial yang sangat ketara.

Status indeks jenayah negeri Selangor bagi tempoh Jan hingga April 2004/2005 telah merekodkan jenayah keganasan sebanyak2,294 kes, manakala jenayah harta benda mencatatkan 11,809 kes.

Kadar Jenayah meningkat di kawasan-kawasan bandar dan antara sebabnya adalah saingan untuk mendapatkan pekerjaan semakin sengit.

Jenayah berat semakin meningkat iaitu melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan kekal ke atas mangsa. Wanita dan kanak-kanak juga acap kali menjadi mangsa dalam kes-kes jenayah ini.

Justeru itu, punca sebenar permasalahan perlu dikenalpasti supaya dapat dicegah dan bukan hanya merawat permasalahan yang dihadapi. Tidaklah kerajaan negeri membazirkan wang pembangunan memasangkan cctv sedangkan pemasangan cctv tidak dapat menyelesaikan permasalahan peningkatan kadar jenayah.

Kemudahan Rekreasi dan Kawasan Hijau

Setelah kawasan2 bandar diteroka, semakin kurang tanah yang tinggal untuk dibangunkan lagi. Pembangunan sudah tepu, dengan itu, kawasan yang sudah berusia lebih 50 tahun atau lebih perlu dilestarikan atau dinaiktarafkan.

Dalam kepesatan membangunkan bandar-bandar baru, kepentingan ekonomi sering menjadi faktor penentu. Akibat daripada itu, kepentingan sosial sering diketepikan dan kita melihat orang awam dinafikan kemudahan-kemudahan seperti perpustakaan, tempat letak kereta, tong sampah, tanah perkuburan, kawasan rekreasi dan kawasan hijau.

Kawasan Taman Medan sendiri menghadapi masalah ini. Oleh kerana keuntungan menjadi faktor penentu, banyak pangsapuri yang berbelas tingkat dibina tetapi kemudahan awam yang perlu bagi penduduk yang begitu ramai tidak disediakan. Malah, penduduk disalahkan kerana itu yang selayak bagi mereka yang tinggal di “Pangsapuri Kos Rendah”.

Saya ingin mencadangkan sebuah kawasan lapang dijadikan taman rekreasi bagi kawasan Taman Medan. Tapak yang paling sesuai adalah sebuah bekas lombong yang sedang dirawat.

Pencemaran udara yang disebabkan oleh gas hidrogen sulfida yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan.

Saya mendesak agar kerajaan Negeri Selangor yang prihatin mengambilalih satu-satunya tanah lapang yang tinggal iaitu Lombong PJS 3 Sri Manja sekiranya usaha-usaha merawat lombong tidak menunjukkan apa-apa perubahan, dan menukarkannya menjadi Kawasan Rekreasi dan kawasan hijau bagi penduduk sekitar Petaling Jaya, yang selama ini dinafikan hak mereka kepada taman rekreasi. Dapatlah penduduk Taman Medan menghirup udara bersih dan nyaman, dapat bersiar-siar bersama keluarga di taman rekreasi yang disediakan.

Memantapkan Institusi Keluarga

Sejak akhir-akhir ini kita digemparkan dengan masalah sosial seperti sumbang mahram, delinkuen di kalangan remaja, keruntuhan akhlak, perceraian dan lain-lain lagi yang berlaku dalam masyarakat kita. Gejala sosial yang membimbangkan ini dikaitkan dengan kerapuhan institusi keluarga. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada kejahilan sebahagian besar pasangan suami isteri mengenai teknik dan ilmu keibubapaan. Ini adalah kerana kebanyakan ibu bapa tidak pernah didedahkan kepada cara-cara ataupun kaedah mengurus hal ehwal keluarga ataupun rumah tangga yang meliputi soal pendidikan anak-anak yang dapat membantu mencungkil potensi anak. Kejahilan ibu bapa terhadap ilmu keibubapaan merupakan sesuatu yang merugikan. Senario ini perlu diubah dan diatasi segera demi kebaikan anak serta seluruh ahli keluarga.

Taman Medan menyokong penuh Halatuju Perancangan Pembangunan 2025 meletakkan teras iaitu:


TERAS 1: MENGURUSKAN NEGERI MAJU BERTERASKAN NILAI MURNI, NILAI SEJAGAT DAN KEUNGULAN BUDAYA DAN TRADISI


Taman Medan berharap banyak kursus-kursus keibubapaan diberikan kepada ibu bapa agar mereka berpegang kepada nilai-nilai sejagat. Saya membayangkan dalam tahun-tahun mendatang dan seterusnya membawa kepada 2025, institusi kekeluargaan di Selangor akan dimantapkan.


Kita dapat melihat anak-anak menghormati ibu bapa. Anak-anak yang tidak lagi meninggalkan ibu bapa yang sudah lanjut usia bersendirian tetapi menjaga mereka sama ada tinggal bersama atau menziarahi mereka.

No comments:

Soalan ADUN Taman Medan dan Jawapan Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Pertama

Soalan No. 10

Tajuk : Pencemaran Udara Di Lombong PJS 3, Taman Medan

10. Pencemaran toksik yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan. Gas hydrogen sulfide yang dikeluarkan ke udara telah merosakkan harta benda awam, mengeluarkan bau yang busuk dan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk.

Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar:

a) Siapakah pemilik lombong tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya? Beri butiran syarikat/individu pemilik kawasan tersebut dan keluasan yang dimiliki.

b) Siapa yang bertanggungjawab membiayai kos merawat lombong yang tercemar tersebut dan berapa lama rawatan perlu dijalankan?

c) Syarikat manakah yang menjalankan rawatan tersebut dan apakah kadar toksik sejak mula dikesan sehingga kini, dan kaedah rawatan yang dijalankan?



Soalan dijawab oleh Y.B. Cik Elizabeth Wong Keat Ping

Kawasan bekas lombong seluas lebih kurang 114 ekar di kawasan Taman Sri Manja PJS 3, telah diberi milik kepada 5 pemaju iaitu:

i)
Nama Pemaju : Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 2.80 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah pangsa kos sederhana murah

ii) Nama Pemaju : Tetuan Maju Jaya Sdn Bhd
No. Lot : PT 5225 sebahagian Lot 25520
Luas Tapak : 10.331 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

iii) Nama Pemaju : Tetuan Buana Perdana Sdn Bhd
No. Lot : sLot PT 6489
Luas Tapak : 10.56 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah teres 2 tingkat (228 unit)

iv) Nama Pemaju : Tetuan Lagenda Kencana Sdn Bhd
No. Lot : Lot PT 12813 hingg PT 12817
Luas Tapak : 71 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

v) Nama Pemaju : Tetuan Peter's Bricksworks Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 9.37 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah kos rendah dan industri teres


Walaubagaimanapun, hanya lebih kurang 10 ekar kawasan lombong iaitu milik Tetuan Lagenda Kencana Sdn. Bhd. yang belum ditambak untuk pembangunan. Daripada tahun 2004 hingga 2006, pihak yang bertanggungjawab membiayai ks rawatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kos sebanyak RM3.4 juta. Dari tahun 2007 hingga sekarang, kos rawatan dibiayai oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 4.8 juta. Rawatan lombong ini akan diteruskan sehingga lombong ditimbus sepenuhnya. Setakat ini terdapat 3 buah syarikat telah dilantik untuk menjalankan rawatan mulai tahun 2004 iaitu:

i) Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA)
ii) Geo Kinetics Sdn. Bhd.
iii) Kunci Produktif Sdn. Bhd.

Semasa kes ini mula dikesan, bacaan tertinggi yang dicatatkan hasil pemantauan adalah 600ppm. Mulai tahun 2005 hingga kini, tahap bacaan gas adalah stabil kecuali semasa hujan. Kaedah rawatan yang digunakan ialah Bahan Biologi dan Bahan Kimia.