Friday, November 21, 2008

MOVED

ADUN Taman Medan has now moved to:

http://aduntamanmedan.wordpress.com/

Friday, November 14, 2008

Pemikiran Dr Syed Husin Ali

9 November 2008 - Saya bertuah kerana berpeluang menghadiri pelancaran 4 buah karya Dr Syed Husin Ali di Shah Alam, baru-baru ini.

Dr syed Husin Ali seorang pemikir Melayu yang mengenengahkan pemikiran yang kontemporari walaupun tulisannya sudah bersama kita sejak tahun 70-an dulu.

Salah sebuah bukunya mengupas mengenai dilema yang dihadapi oleh orang Melayu. Namun, tulisannya jujur dan kritikal, berbeza dengan tulisan Dr Mahathir yang memberi persepsi kejayaan orang Melayu yang ternyata memperdayakan.

Kalau ingin tahu lebih lanjut, dapatkan buku tulisan Dr Syed "Malays, their problems and future"

Kursus kemahiran bagi ibu-ibu tunggal dan wanita

Baru-baru ini, Pusat Khidmat Rakyat DUN Taman Medan telah memulakan kursus-kursus bagi usahawan kecil. Kursus tersebut dibuka kepada ibu-ibu tunggal yang berminat mencari sumber pendapatan sampingan.

Kursus-kursus yang akan ditawarkan adalah menjahit manik, menjahit langsir, memasak (lauk, kuih), menganyam bakul daripada kertas dan membuat 'costume jewellery'.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Pusat Khidmat Rakyat. Buat masa sekarang, kursus yang sudah bermula ialah menjahit manik. Yuran yang dikenakan adalah mengikut kursus dan pendapatan isi rumah.

Usaha sedang dibuat untuk mencari peluang bagi peserta-peserta yang telah mengikuti kursus mendapat peluang tempahan atau memasarkan produk-produk yang telah dihasilkan kelak.

Thursday, November 13, 2008

Pesta Ria bagi kumpul dana SJK (C) Chen Moh


9 November 2008 - Pesta Ria SJK (C) Chen Moh Petaling Jaya sangat meriah. Pesta yang diadakan bagi mengumpul dana bagi pembinaan bangunan baru sekolah ternyata sukses.
Sasaran pengunjung adalah 10 ribu. Pelbagai aktiviti dan jualan telah diadakan pada hari tersebut. ADUN Taman Medan Pn Haniza Mohd Talha telah berkesempatan mengunjungi pesta tersebut.
Menurut AJK PIBG Chen Moh En Ong, Pesta Ria telah dirancang dua bulan awal dan mendapat kerjasama erat antara ibu bapa, PIBG dan sekolah. Gerai-gerai yang diadakan telah dikendalikan oleh ibu bapa dan pelajar dibantu guru-guru.
Bangunan baru yang menelan belanja sebanyak 4 juta sudah mula dibina. Ia akan mempunyai makmal, pejabat dan bilik darjah yang rekabentuk moden dan kelengkapan yang terkini.
Sebelum pilihanraya umum kedua belas, bekas Menteri Besar Datuk Seri Khir Toyo telah menjanjikan RM100 ribu untuk bangunan baru sekolah ini. Begitulah cara kerajaan Barisan Nasional mempergunakan kuasa yang ada bagi berkempen meraih sokongan di sekolah-sekolah dengan menjanjikan peruntukan kepada sekolah.
Janji yang dibuat tidak ditunaikan kerana ia hanya bagi mendapat sokongan daripada masyarakat Tionghua di Petaling Jaya pada ketika itu.
Namun, pihak sekolah dan PIBG telah bertindak proaktif, telah memulakan pengumpulan dana. Bangunan lama perlu dibaikpulih serta masalah banjir apabila hujan lebat perlu diatasi.
ADUN Taman Medan telah menyatakan kesediaan beliau membantu. Pihak PIBG akan mengemukakan permohonan mereka selepas ini.
Ramai yang telah menghulurkan sumbangan dan jelas mereka benar-benar sayang kepada sekolah Chen Moh.

Tuesday, November 11, 2008

Belia harapan agama, bangsa dan negara


8 November 2008 - Remaja merupakan satu fasa umur yang gemar mencuba. Ada yang bijak menghabiskan masa remajanya tetapi tidak kurang juga yang terjebak dalam perbuatan merugikan.

Remaja adalah aset negara yang sangat berharga, kerana di tangan mereka tergenggam masa depan agama, bangsa dan negara. Oleh hal yang demikian, sudah menjadi tanggungjawab bersama bagimempersiapkan strategi dalam usaha mewujudkan
generasi masa depan yang berkualiti.

YB Haniza Mohd Talha ADUN Taman Medan telah bertemu seramai 80 orang remaja perempuan dan lelaki daripada beberapa tempat di Petaling Jaya.


Peserta-peserta telah bermalam di tapak Stadium Arena PJ dan keesokan paginya mengikuti pengisian dalam bentuk bengkel dan latihan dalam kumpulan.

Penduduk diancam haiwan berbisa

8 November 2008 - Penduduk di Pangsapuri Medan Jaya telah beberapa kali menyatakan rasa bimbang mereka akan penemuan haiwan berbisa di kawasan "pembuangan sampah" berdekatan.

Sikap tidak bertanggunjawab sesetengah pihak membuang sampah di tapak tersebut telah mengundang bahaya yang tidak diminta.

Alangkah terkejutnya seorang pemilik pangsapuri telah dilaporkan menjumpai seekor ular dalam kereta bahagian enjin di hadapan.

Wakil penduduk di situ telah menyatakan rasa tidak puashatinya kerana tapak tersebut telah dibersihkan pada awal tahun tetapi kembali dilonggokkan sampah sebaik saja bersih.

ADUN Taman Medan telah melawat ke tapak bagi meninjau kawasan yang dimaksudkan.

Didapati ada dua tempat yang dijadikan tempat membuang sampah; di tepi Jalan 12 dan di belakang Pangsapuri Kos Rendah Medan Jaya. Penduduk di situ telah mengambil inisiatif mengadakan gotong-royong bagi membersihkan semak-samun dan sampah-sarap.


Perkara tersebut akan dimaklumkan kepada pihak MBPJ. Permohonan penduduk kepada surau yang baru juga dalam perhatian.

Bersukan pupuk disiplin dan gaya hidup sihat

8 November 2008 - Sekolah Rendah Agama Taman Datuk Harun telah mengadakan Sukaneka Tahunannya pada minggu lepas.

Acara tahunan ini sudah kali kelima diadakan di tapak Dataran SRA Taman Datuk Harun. Semua murid-murid berkumpul di dataran dalam pakaian sukan mereka.

Perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah, bagaimana sukaneka diadakan di permukaan yang kasar seperti itu, jika terjatuh tentu menyakitkan.

Namun, itu yang ada bagi SRA TDH untuk murid-murid meneruskan aktiviti sukan mereka.

Persekitaran sekolah amat sempit dan amat terasa kesesakannya. Bangunan baru ketika ia dicadangan pembinaannya, telah mendapat bantahan kerana penduduk sekitar tidak mahu tapak dibina sekolah. Namun dengan kegigihan pihak sekolah dan PIBG mereka telah berjaya meyakinkan penduduk bahawa pendidikan agama menjamin masa depan dunia dan akhirat anak-anak mereka.

Perkara ini sering dihadapi kerana penduduk belum biasa dengan perubahan. Begitu juga mereka belum ada kesedaran akan apa kesan pembangunan terhadap mereka. Apakah pembangunan baik bagi mereka dan bagaimana mereka menangani perubahan dan kemajuan.

Murid- murid sudah tidak sabar lagi memulakan perlumbaan, walaupun padang mereka hanya tapak perhimpunan pagi setiap minggu.

Menaiktarafkan longkang di Lorong 21, Taman Datuk Harun

7 November 2008 - Sistem perparitan dan longkang di sekitar taman perumahan di Taman Datuk Harun dan Kg Medan perlu dinaiktarafkan.

Parit dan longkang yang sudah lama tidak dibaiki telah mengakibatkan ada rumah menghadapi risiko runtuh dan banjir. Pembinaan bangunan di atas longkang serta rezab longkang membuatkan perkara tersebut bertambah sukar.

Perbincangan telah diadakan antara penduduk dan ADUN tentang bagaimana mengatasi permasalahan tersebut. Setelah dipertimbangkan segala kebaikan dan keburukannya, penduduk telah bersepakat untuk teruskan penaiktarafan longkang di hadapan rumah mereka dan parit di tepi lorong berkaitan.

Kini, kerja-kerja sedang berjalan. Terdapat rumah-rumah yang dibina di atas longkang yang terpaksa diruntuh bagi menggantikan longkang lama. Namun, kerjasama yang baik telah diperolehi daripada penduduk sehingga kini.

Monday, November 10, 2008

Padang permainan dinaiktaraf, cuba dipolitikkan





7 November 2008 - Kerja-kerja menaiktarafkan taman permainan di PJS 2D/18 sedang dijalankan. Padang permainan yang mengalami kerosakan serta semak dengan tumbuhan serta barangan buangan yang ditinggalkan di beberapa sudut padang tersebut akan dibersihkan dan dipulihkan.
Namun, usaha baik tersebut telah cuba dipolitikkan oleh pihak yang ingin meraih publisiti dan agenda politik peribadi. Pihak berkenaan telah mengugut pekerja di tapak dan mengarahkan kumpulan penduduk untuk mendesak dibatalkan kerja-kerja menaiktaraf yang sedang berjalan.
Tindakan seorang yang cuba mempengaruhi penduduk di sekitar kawasan tersebut ternyata tidak disokong kerana amat tidak wajar suatu yang baik dan bermanfaat kepada penduduk khususnya anak-anak dan para belia mahu ditolak dan dibantah.
Pemikiran politik sempit serta sikap tidak bertanggungjawab itu, wajar dibuang kerana ia jelas merugikan penduduk dan masyarakat.
Menurut kontraktor di tapak, kerja akan siap sepenuhnya pada hujung November.
Selepas siap, penduduk sekitar akan mendapat sebuah taman permainan yang sudah dipulihkan kerosakannya serta gelanggang street soccer akan dapat digunakan oleh belia.
ADUN Taman Medan Pn Haniza Mohd Talha berharap penduduk akan memberi kerjasama menjaga keselamatan serta kebersihan taman permainan itu kelak dan tidak terpengaruh dengan dakyah yang dibawa oleh pihak yang berkepentingan politik sempit.

Wednesday, October 29, 2008

Membuka ruang berdialog

Pada 17 Oktober lalu, ADUN Taman Medan YB Haniza Talha bersama Ahli Parlimen PJS YB Hee Loy Sian telah bertemu dengan pengerusi-pengerusi tokong di sekitar Petaling Jaya.

ADUN Taman Medan telah menyerahkan sumbangan kepada pengerusi tokong bagi mengadakan aktiviti kemasyarakatan.

Dalam pertemuan tersebut isu premium tanah juga dibangkitkan. ADUN Taman Medan telah menyatakan kesediaannya melihat kepada permohonan tempoh pajakan tanah di beberapa Seksyen di Petaling Jaya. Beliau telah meminta persatuan-persatuan penduduk mengambil inisiatif mengumpulkan mana-mana individu yang terlibat mengikut kawasan, agar perkara tersebut dapat dibawa kepada perhatian negeri.

Beliau ingin melihat, dialog yang berterusan diadakan antara ADUN dan masyarakat Cina supaya dapat disalurkan segala pandangan dan kebimbangan mereka.

Turut hadir dalam pertemuan tersebut adalah Ahli Majlis MBPJ, pengerusi Persatuan Por Tor Seksyen 14, Persatuan Penganut Dewa Cheong Leong Kong, pengerusi Poh Tor PJ Old Town, pengerusi Persatuan Pejaja-pejaja PJ dan Timbalan Pengerusi PIBG SJK Chen Moh.

Antara butiran yang dibangkitkan dalam Halatuju Perancangan Pembangunan Selangor 2025

ADUN Taman Medan YB Haniza Talha bersama Ahli Exco Kerajaan Negeri YB Elizabeth Wong di Dewan Undangan Negeri Selangor

Negeri Selangor sudah ke hadapan berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dalam memacu pembangunan. Namun, panggilan Selangor Negeri Maju jangan mengelirukan kita kerana tidak semestinya sudah maju sudah sempurna dan tiada masalah.

Kemajuan yang sudah dan sedang dikecapi ada bersamanya permasalahan dan cabarannya. Kemajuan dari segi Pembangunan fizikal yang pantas telah meninggalkan rakyat negeri di belakang dari segi pembangunan insan.

Pembangunan Holistik

Bandar-bandar yang mempunyai infrastruktur yang termoden dan terkini tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh penduduk kerana mereka tidak tahu menggunakannya. Tidak hairanlah, pangsapuri2 yang baru menggantikan rumah2 setinggan masih dihantui masalah kebersihan, pencemaran alam, persefahaman dan keceriaan.

Pembangunan yang dibuat tidak dirancang dengan baik dan menyeluruh, sehingga mengabaikan aspek kemanusiaan yang sebenarnya adalah elemen utama dalam mana-mana pembangunan.

Saya berharap dengan Usul Dasar Perancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 tidak akan menabaikan aspek kemanusiaan ini.

Dengan mengenalpasti cabaran-cabaran seperti:

Isu Sosial dan Kemanusiaan
Isu Gunatanah
Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Isu Perbandaran
Isu Perumahan
Tanah Perkuburan
Tanah Lapang
Kemudahan awam

Taman Meda tidak tahu untuk merasa lega atau cemas, melihatkan senarai isu dan cabaran yang disenaraikan dalam Rancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025, ada 13 Isu dan Cabaran dan daripada 13, 8 adalah cabaran bagi Kawasan Tama Medan

Maka, satu Rancangan Pembangunan Negeri Selangor 2025 yang holistik perlu dilaksanakan dan tidak mengulangi kesilapan kerajaan yang lalu, yang banyak menekankan pembangunan fizikal daripada kemanusiaan.

Perbandaran

Penduduk Semenanjung Malaysia pada tahun 2000 berjumlah 19.5 juta dan pada tahun 2020 meningkat kepada 26.8 juta. Penduduk Selangor dengan jumlah 7.3 juta pada tahun 2020 merangkumi 27% daripada jumlah penduduk semenanjung Malaysia pada tahun 2020.

Sejumlah besar penduduk tersebut akan tertumpu di kawasan Lembah Klang. Ini disebabkan terdapat prospek pembangunan yang ditawarkan di Lembah Kelang seperti eluang ekerjaan, pendidikan tinggi, perniagaan, kemudahan awam dan gaya hidup yang moden.

Rancangan Pembangunan 2025 perlu menjangkakan permasalahan-permasalahan yang akan wujud kesan daripada perbandaran. Menurut kajian, kesan positif perbandaran (urbanization) adalah dari segi; kemudahan awam, pendidikan, pendapatan hidup dan gaya hidup. Namun, kesan negatif perbandaran adalah terhadap keselamatan dan sosial yang sangat ketara.

Status indeks jenayah negeri Selangor bagi tempoh Jan hingga April 2004/2005 telah merekodkan jenayah keganasan sebanyak2,294 kes, manakala jenayah harta benda mencatatkan 11,809 kes.

Kadar Jenayah meningkat di kawasan-kawasan bandar dan antara sebabnya adalah saingan untuk mendapatkan pekerjaan semakin sengit.

Jenayah berat semakin meningkat iaitu melibatkan kehilangan nyawa dan kecederaan kekal ke atas mangsa. Wanita dan kanak-kanak juga acap kali menjadi mangsa dalam kes-kes jenayah ini.

Justeru itu, punca sebenar permasalahan perlu dikenalpasti supaya dapat dicegah dan bukan hanya merawat permasalahan yang dihadapi. Tidaklah kerajaan negeri membazirkan wang pembangunan memasangkan cctv sedangkan pemasangan cctv tidak dapat menyelesaikan permasalahan peningkatan kadar jenayah.

Kemudahan Rekreasi dan Kawasan Hijau

Setelah kawasan2 bandar diteroka, semakin kurang tanah yang tinggal untuk dibangunkan lagi. Pembangunan sudah tepu, dengan itu, kawasan yang sudah berusia lebih 50 tahun atau lebih perlu dilestarikan atau dinaiktarafkan.

Dalam kepesatan membangunkan bandar-bandar baru, kepentingan ekonomi sering menjadi faktor penentu. Akibat daripada itu, kepentingan sosial sering diketepikan dan kita melihat orang awam dinafikan kemudahan-kemudahan seperti perpustakaan, tempat letak kereta, tong sampah, tanah perkuburan, kawasan rekreasi dan kawasan hijau.

Kawasan Taman Medan sendiri menghadapi masalah ini. Oleh kerana keuntungan menjadi faktor penentu, banyak pangsapuri yang berbelas tingkat dibina tetapi kemudahan awam yang perlu bagi penduduk yang begitu ramai tidak disediakan. Malah, penduduk disalahkan kerana itu yang selayak bagi mereka yang tinggal di “Pangsapuri Kos Rendah”.

Saya ingin mencadangkan sebuah kawasan lapang dijadikan taman rekreasi bagi kawasan Taman Medan. Tapak yang paling sesuai adalah sebuah bekas lombong yang sedang dirawat.

Pencemaran udara yang disebabkan oleh gas hidrogen sulfida yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan.

Saya mendesak agar kerajaan Negeri Selangor yang prihatin mengambilalih satu-satunya tanah lapang yang tinggal iaitu Lombong PJS 3 Sri Manja sekiranya usaha-usaha merawat lombong tidak menunjukkan apa-apa perubahan, dan menukarkannya menjadi Kawasan Rekreasi dan kawasan hijau bagi penduduk sekitar Petaling Jaya, yang selama ini dinafikan hak mereka kepada taman rekreasi. Dapatlah penduduk Taman Medan menghirup udara bersih dan nyaman, dapat bersiar-siar bersama keluarga di taman rekreasi yang disediakan.

Memantapkan Institusi Keluarga

Sejak akhir-akhir ini kita digemparkan dengan masalah sosial seperti sumbang mahram, delinkuen di kalangan remaja, keruntuhan akhlak, perceraian dan lain-lain lagi yang berlaku dalam masyarakat kita. Gejala sosial yang membimbangkan ini dikaitkan dengan kerapuhan institusi keluarga. Keadaan ini dikatakan berpunca daripada kejahilan sebahagian besar pasangan suami isteri mengenai teknik dan ilmu keibubapaan. Ini adalah kerana kebanyakan ibu bapa tidak pernah didedahkan kepada cara-cara ataupun kaedah mengurus hal ehwal keluarga ataupun rumah tangga yang meliputi soal pendidikan anak-anak yang dapat membantu mencungkil potensi anak. Kejahilan ibu bapa terhadap ilmu keibubapaan merupakan sesuatu yang merugikan. Senario ini perlu diubah dan diatasi segera demi kebaikan anak serta seluruh ahli keluarga.

Taman Medan menyokong penuh Halatuju Perancangan Pembangunan 2025 meletakkan teras iaitu:


TERAS 1: MENGURUSKAN NEGERI MAJU BERTERASKAN NILAI MURNI, NILAI SEJAGAT DAN KEUNGULAN BUDAYA DAN TRADISI


Taman Medan berharap banyak kursus-kursus keibubapaan diberikan kepada ibu bapa agar mereka berpegang kepada nilai-nilai sejagat. Saya membayangkan dalam tahun-tahun mendatang dan seterusnya membawa kepada 2025, institusi kekeluargaan di Selangor akan dimantapkan.


Kita dapat melihat anak-anak menghormati ibu bapa. Anak-anak yang tidak lagi meninggalkan ibu bapa yang sudah lanjut usia bersendirian tetapi menjaga mereka sama ada tinggal bersama atau menziarahi mereka.

Thursday, October 23, 2008

Soalan-soalan yang dikemukakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor

DUN Selangor mula bersidang pada 20 Oktober sehingga 24 Oktober 2008. Di bawah adalah antara soalan-soalan mulut yang dikemukakan oleh ADUN Taman Medan. Sejumlah 10 soalan mulut dan 1 soalan bertulis telah dikemukakan.

PEMBANGUNAN SUKAN
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Bagaimana kerajaan negeri mengatasi pembangunan sukan di kawasan Bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan kekurangan tanah untuk rekreasi dan sukan?
b) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi memajukan sukan kalangan belia?

PENCEMARAN LOMBONG
Kawasan bekas lombong seluas 114 ekar di Taman Sri Manja, PJS 3 telah diberi milik kepada 5 pemaju. Namun kos pembiayaan rawatan lombong yang tercemar tersebut ditanggung oleh Kerajaan Negeri Selangor; 2004-2006, kos rawatan RM3.4 juta; 2007-kini, kos rawatan 4.8 juta.
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Mengapakah kerajaan negeri terpaksa menanggung kos rawatan sedangkan tapak adalah milik persendirian sepenuhnya?
b) Adakah mana-mana pemaju yang menjadi pemilik tapak lombong tersebut membiaya kos rawatan lombong. Senaraikan nama pemaju, jumlah yang dibiaya dan tarikh pembiayaan diberi.
c) Apakah kaedah rawatan yang dibuat atau hanya meneutralkan gas yang keluar (hydrogen sulfide). Mengapa tidak dirawat punca sebenar masalah lombong?

PEMULIHARAAN TAPAK SEJARAH
Dalam Bajet 2009 kerajaan pusat, sejumlah RM50 juta diperuntukkan untuk kerja-kerja pemuliharaan di Melaka dan Pulau Pinang. Negeri Selangor juga mempunyai tapak-tapak sejarahnya sendiri yang memerlukan usaha-usaha pemuliharaan.
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Apakah perancangan Kerajaan Negeri Selangor dalam menjaga tapak-tapak sejarah dalam negeri agar terus kekal?
b) Di manakah tapak-tapak sejarah yang sudah dikenalpasti?
c) Bagaimana dikekalkan pengusaha-pengusaha produk seni yang ada kaitannya dengan sejarah lama seperti seni ukiran, seni tekad (sulaman) dan anyaman dll?

MENAIKTARAF TAMAN PERUMAHAN LAMA
Terdapat banyak kawasan perumahan yang lama memerlukan kerja-kerja menaiktaraf. Berlaku pengubahsuaian bangunan yang menduduki rezab jalan dan longkang yang berleluasa, yang akan membawa kesan kepada kesihatan, kebersihan dan keselamatan.
Bertanya kepada Y.A.B. Menteri Besar:
a) Apakah perancangan Kerajaan bagi usaha-usaha pemurnian di kawasan-kawasan di atas?
b) Apakah tindakan ke atas pemilik rumah yang membuat pengubahsuaian yang melanggar syarat binaan dan bangunan?
c) Berapa lamakah tempoh yang akan diberikan kepada pemilik untuk mematuhi syarat binaan dan bangunan yang sedia ada oleh kerajaan tempatan?

Thursday, October 16, 2008

Disabled are trapped at home


STREETS, New Straits Times

Sheila Sri Priya

Taman Medan assemblymember Haniza Talha (right) handing over a cheque for RM2,500 to Zainal for reconstruction works in his flat’s washroom.

PETALING JAYA: Fifty-one-year-old Saleha Tahya goes out every day to sell her homemade pastries. While out, she worries about her wheelchair-bound husband.

The bathroom in their low-cost flat is not disabled-friendly, and Zainal Abidin Hashim, 55, has fallen and injured himself five times in the last month. But she will soon have greater peace of mind.

Taman Medan state assemblyman Haniza Talha has contributed RM2,500 to adapt the bathroom to her husband's needs. Non-governmental organisation Habitat will contribute another RM2,500.

"Low-income families in the Taman Medan area with similar problems should register with us for aid," she said.Haniza said there were no open spaces in PJS, 2 and 3 for the disabled and retirees.

"Zainal is trapped at home. It would be good if a centre could be set up for senior citizens and the disabled to go to, to pass the time more productively instead of staying homealone."

She said that with the longer life expectancy in Malaysia, the number of elderly people will grow. Their needs need to be considered in the design of new buildings and housing estates.

Thursday, September 25, 2008

Celebrating in true Malaysian Spirits

By YIP YOKE TENG From STAR Metro
September 25, 2008

PETALING Jaya Old Town residents demonstrated the true spirit of a multi-racial society when they broke fast and celebrated the Lantern Festival together with Pakatan Rakyat elected representatives recently.With them at the event held at the PJ Old Town Food Court were PJ Selatan MP Hee Loy Sian, Bukit Gasing assemblyman Edward Lee and Taman Medan assemblyman Haniza Talha.


The new leaders also pledged to bring changes to the food court that had lost the shine of its glory days. All together now: Children having a gala time during the procession after breaking fast. They also promised reforms in the administrative systems as they drew attention to the significance of the mooncake, which was used during the Yuan Dynasty to disseminate messages on plans to topple the then oppressive Mongolian government.


"Occasions like this are a good show of the harmonious society peculiar to Malaysia, where people of different races and religions progress together amidst mutual respect and understanding," said Hee.


Hee also called for the release of blogger Raja Petra Kamarudin and the five Hindraf leaders, as well as the abolition of the ISA, the Sedition Act and the Emergency Ordinance to uphold freedom in the country.Haniza said her service centre was working together with the Petaling Jaya City Council to bring about better lives for the hawkers.



Let there be light: (From left) Lee, Haniza and Hee lighting up their lanterns to signify the start of the Buka Puasa and Lantern Festival celebration at the PJ Old Town food court.


"We are working towards issuing as many licences as possible to the hawkers."We understand that all are only trying to make a living, especially in this time when the world faces an economic slowdown and our country cannot avoid its impact," she said.


She said she was also looking into other problems in this older parts of Petaling Jaya, including traffic congestion.


Bukit Gasing assemblyman Edward Lee said he remembered the good old days of tucking into scrumptious local favourites at the food court when he was a child.He said efforts to revive the food court's popularity were underway. Among the issues noted were cleanliness, lighting, traffic flow and licensing."We are meeting with the stake holders to come out with a remedy that will benefit all," he added.

Thursday, September 18, 2008

Wajah-wajah Sepanjang Bulan Ramadhan....





Monday, September 15, 2008

Program Ceriakan Kawasan Taman Medan - Fasa 2


Inilah keadaan pangsapuri yang sudah lama tidak bercat. Bagaimana perasaan anda jika setiap hari pulang masuk ke pangsapuri yang rupanya begini?

Selepas mengadakan gotong royong di kawasan-kawasan pangsapuri yang dikenalpasti untuk dinaiktaraf, Pejabat ADUN mengatur lawatan bersama pembekal-pembekal cat dan pemaju melihat bangunan tersebut. Lawatan ini bertujuan menilai kos serta keperluan bagi bangunan yang hendak dinaiktaraf.

Dalam tinjauan kami, bangunan yang ada memang sangat daif dan amat memerlukan 'facelift' setelah dibiarkan lebih 10 tahun tidak dicat.

Ada bahagian bangunan yang sudah ditumbuhi pokok, dan kawasan persekitaran yang kotor dan mengundang pembiakan nyamuk.

Pembekal cat bersetuju memberi cat pada harga potongan dan khidmat nasihat. Pejabat ADUN cuba mendapatkan pemaju-pemaju yang membangunkan pangsapuri terlibat menyumbang kepada kos buruh bagi mengecat bangunan. MBPJ juga diminta mengusahakan cara mendapat dana tambahan bagi menampung kos mengecat yang akan dijalankan sebelum hujung tahun 2008.

Friday, September 12, 2008

Commonwealth Parliamentary Association (CPA)

09 Ogos 2008 - KLCC; Saya berkesempatan menghadiri persidangan tahunan Commonwealth Parliamentary Association di Kuala Lumpur Convention Centre.

Negara-negara Komanwel telah menghantar delegasi masing-masing ke perhimpunan tersebut.

Perwakilan yang ramai dilihat datang dari negara Afrika. Mereka mengambil peluang ini menyatakan kebimbangan mereka keadaan ekonomi dunia yang akan menjejaskan negar-negara Afrika.

Perwakilan wanita juga ramai yang datang dari negara Afrika yang menunjukkan mereka benar-benar "empowered". Mereka menyatakan pandangan dengan lantang dan tegas. Ramai yang menduduki jawatan-jawatan penting dalam negara masing-masing. Ini suatu perkara yang negara Malaysia perlu pelajari dalam membuka ruang yang lebih bagi penglibatan wanita dalam politik.

Projek Pilihanraya - Parit bersebelahan Masjid Dato' Hj Kamaruddin, Baiduri

Ogos 2008 - Dalam tinjauan di sekitar kawasan Masjid Dato' Hj Kamaruddin, Baiduri, Petaling Jaya, didapati parit besar di sebelah masjid di penuhi dengan tumbuhan dan pokok-pokok. Keadaan tersebut mengundang bencana banjir jika berlaku hujan lebat.
(Foto di sebelah kiri menunjukkan Masjid berada di tebing parit besar. Kelihatan parit besar yang baru saja dibersihkan oleh penduduk, tiada tembok penahan dan binaan parit yang betul)

Perkara tersebut juga telah menjadi salah satu kebimbangan penduduk apabila berlaku hujan lebat. Adalah dikhuatiri, tebing parit akan runtuh sekiranya kerja-kerja menaiktaraf tidak dilakukan segera.
Semasa pilihanraya, kerja-kerja membina parit kecil di tepi jalanraya berdekatan telah dijalankan. Namun, ia terhenti di situ saja, tiada apa-apa dilakukan ke atas parit besar yang akan menampung air yang disalurkan ke dalam Air dari parit tersebut akan masuk ke dalam parit besar yang dibiarkan tanpa dinaikkan taraf. Didapati air longkang dari kawasan berdekatan juga memasukki parit besar tersebut.

Kapasiti air longkang yang besar dijangka bila hujan turun kerana air dari jalanraya juga disalurkan ke situ.
Adalah wajar bagi pihak kejuruteraan MBPJ meninjau dan memastikan parit besar tepi Masjid Dato' Hj Kamaruddin dinaikkan taraf bagi menampung kapasiti air yang bertambah.

Wednesday, September 10, 2008

Aduan - Medan Selera Jalan 223, kotor dan busuk

Banyak aduan diterima mengenai medan selera Jalan 223 daripada para pengunjung. Medan Selera 223 memang menjadi tumpuan ramai peminat-peminat makanan tempatan dan lebih-lebih lagi, harganya berpatutan.
Pekerja-pekerja kilang di sekitar kawasan serta pengunjung yang sudah bertahun pergi ke situ mencari juadah yang diminati. Namun, yang agak dikesali, tempat yang boleh menjadi satu tarikan pelancong tidak dijaga dengan baik dari segi rupa luarannya serta dari segi kesihatan dan kebersihannya.

Kerusi yang disediakan sudah patah dan pelanggan hadapi risiko jatuh dari kerusi. Bukan itu saja, parit besar yang melalui bawah medan selera tersebut, sering mengeluarkan bau busuk membuatkan pelanggan merasa meloya menjamah makanan di situ. Sampah yang ditinggalkan di tempat terbuka juga menyakitkan mata.

Setelah begitu lama tidak dinaiktaraf, sewajarnya Medan Selera 223 ini perlu dibaikpulih dan dinaikkan taraf. Peralatan yang ada perlu diganti dan kemudahan tempat solat yang lebih baik disediakan, begitu juga tahap kebersihan penjaja di situ perlu dipantau selalu.

Soalan ADUN Taman Medan dan Jawapan Kerajaan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor Pertama

Soalan No. 10

Tajuk : Pencemaran Udara Di Lombong PJS 3, Taman Medan

10. Pencemaran toksik yang dikeluarkan hasil daripada pembuangan sampah secara haram yang masih berterusan di lombong PJS 3, Taman Medan. Gas hydrogen sulfide yang dikeluarkan ke udara telah merosakkan harta benda awam, mengeluarkan bau yang busuk dan mendatangkan masalah kesihatan kepada penduduk.

Bertanya kepada Y.A.B Dato' Menteri Besar:

a) Siapakah pemilik lombong tersebut dan apakah tindakan yang dikenakan ke atasnya? Beri butiran syarikat/individu pemilik kawasan tersebut dan keluasan yang dimiliki.

b) Siapa yang bertanggungjawab membiayai kos merawat lombong yang tercemar tersebut dan berapa lama rawatan perlu dijalankan?

c) Syarikat manakah yang menjalankan rawatan tersebut dan apakah kadar toksik sejak mula dikesan sehingga kini, dan kaedah rawatan yang dijalankan?



Soalan dijawab oleh Y.B. Cik Elizabeth Wong Keat Ping

Kawasan bekas lombong seluas lebih kurang 114 ekar di kawasan Taman Sri Manja PJS 3, telah diberi milik kepada 5 pemaju iaitu:

i)
Nama Pemaju : Tetuan Susunan Baru Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 2.80 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah pangsa kos sederhana murah

ii) Nama Pemaju : Tetuan Maju Jaya Sdn Bhd
No. Lot : PT 5225 sebahagian Lot 25520
Luas Tapak : 10.331 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

iii) Nama Pemaju : Tetuan Buana Perdana Sdn Bhd
No. Lot : sLot PT 6489
Luas Tapak : 10.56 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah teres 2 tingkat (228 unit)

iv) Nama Pemaju : Tetuan Lagenda Kencana Sdn Bhd
No. Lot : Lot PT 12813 hingg PT 12817
Luas Tapak : 71 ekar
Cadangan Pembangunan : Pembangunan bercampur

v) Nama Pemaju : Tetuan Peter's Bricksworks Sdn Bhd
No. Lot : sebahagian Lot 25521
Luas Tapak : 9.37 ekar
Cadangan Pembangunan : Rumah kos rendah dan industri teres


Walaubagaimanapun, hanya lebih kurang 10 ekar kawasan lombong iaitu milik Tetuan Lagenda Kencana Sdn. Bhd. yang belum ditambak untuk pembangunan. Daripada tahun 2004 hingga 2006, pihak yang bertanggungjawab membiayai ks rawatan iaitu Majlis Bandaraya Petaling Jaya dengan kos sebanyak RM3.4 juta. Dari tahun 2007 hingga sekarang, kos rawatan dibiayai oleh Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 4.8 juta. Rawatan lombong ini akan diteruskan sehingga lombong ditimbus sepenuhnya. Setakat ini terdapat 3 buah syarikat telah dilantik untuk menjalankan rawatan mulai tahun 2004 iaitu:

i) Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA)
ii) Geo Kinetics Sdn. Bhd.
iii) Kunci Produktif Sdn. Bhd.

Semasa kes ini mula dikesan, bacaan tertinggi yang dicatatkan hasil pemantauan adalah 600ppm. Mulai tahun 2005 hingga kini, tahap bacaan gas adalah stabil kecuali semasa hujan. Kaedah rawatan yang digunakan ialah Bahan Biologi dan Bahan Kimia.