Inilah keadaan pangsapuri yang sudah lama tidak bercat. Bagaimana perasaan anda jika setiap hari pulang masuk ke pangsapuri yang rupanya begini?
Selepas mengadakan gotong royong di kawasan-kawasan pangsapuri yang dikenalpasti untuk dinaiktaraf, Pejabat ADUN mengatur lawatan bersama pembekal-pembekal cat dan pemaju melihat bangunan tersebut. Lawatan ini bertujuan menilai kos serta keperluan bagi bangunan yang hendak dinaiktaraf.
Dalam tinjauan kami, bangunan yang ada memang sangat daif dan amat memerlukan 'facelift' setelah dibiarkan lebih 10 tahun tidak dicat.
Ada bahagian bangunan yang sudah ditumbuhi pokok, dan kawasan persekitaran yang kotor dan mengundang pembiakan nyamuk.Pembekal cat bersetuju memberi cat pada harga potongan dan khidmat nasihat. Pejabat ADUN cuba mendapatkan pemaju-pemaju yang membangunkan pangsapuri terlibat menyumbang kepada kos buruh bagi mengecat bangunan. MBPJ juga diminta mengusahakan cara mendapat dana tambahan bagi menampung kos mengecat yang akan dijalankan sebelum hujung tahun 2008.
No comments:
Post a Comment