Adik Sharlinie masih belum dijumpai dan pihak keselamatan juga sudah memberhentikan pencarian dari rumah ke rumah, dan menunggu maklumat-maklumat baru mengenai Sharlinie.
Sementara berusaha mencari Nini, Pejabat ADUN dengan kerjasama Wanita JIM Petaling Jaya telah menganjurkan satu program kesedaran dan pendidikan "Selamatkan Anak-anak Kita"
Anak-anak diajar bagaimana berdepan dengan orang yang tidak dikenali yang cuba memberikan mereka sesuatu. Mereka juga ditunjukkan cara menjawab soalan apabila ditanya mengenai insiden cubaan menculik.
Tidak dilupakan juga, ibu bapa yang berperanan penting dalam menjaga keselamatan anak-anak juga didedahkan kepada cara mendidik anak-anak supaya sedar akan persekitaran dan sentiasa peka tentang keselamatan diri mereka.
Dalam program yang diadakan tersebut, para peserta telah diberi lencana "No To Strangers" dan sebuah sketsa dipersembahkan oleh anak-anak tadika akan bahayanya mengikut orang-orang yang tidak dikenali.
2 comments:
Teruskan usaha YB !
Keadilan-eclub.org
Boleh saya tahu di mana program ini dijalankan? kawsan mana? taman medan, taman indah jaya or kat mana? thanks...teruskan usaha yb!
Post a Comment