13 Jun 2008 - Siri lawatan ke beberapa tapak pasar malam telah dibuat oleh ADUN Taman Medan YB Haniza.
Beliau telah mendapatkan maklum balas secara terus daripada peniaga-peniaga pasar malam. Pasar-pasar malam yang dilawati adalah di Sri Manja, Taman Dato' Harun dan Baiduri.
Rata-rata aduan yang diterima adalah kelewatan mendapat lesen berniaga dan sering dikenakan kompaun kerana gagal mengemukakan lesen setiap kali pemeriksaan dilakukan. Peniaga-peniga tersebut yang kebanyakan mereka sudah berniaga lebih tiga tahun, dan ada yang sehingga 17 tahun tetapi masih tidak mendapat lesen. Alasan yang selalu diberikan kepada mereka ialah, pemberian lesen dibekukan.
Begitu juga, ramainya peniaga-peniaga dari kalangan warga asing yang dibiarkan berniaga tanpa tindakan tegas oleh pihak berkuasa.
ADUN taman Medan berjanji akan bangkitkan perkara berkaitan dalam mesyuarat bulanan bersama MBPJ.
No comments:
Post a Comment